suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tunggu apa yang terilham atas pentas” - Mawi jelaskan tindakan spontan selit selawat dalam lagu Intifada

Mawi menjelaskan tambahan tersebut hanyalah spontan.

PENYANYI Mawi menjawab persoalan ramai berhubung tindakannya mengalunkan selawat di pertengahan persembahan lagu Intifada pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza Fantasi (GVF).

Mawi atau Asmawi Ani, 45, berkata, bahagian tersebut sebenarnya tidak diisi dengan sebarang lirik pada awalnya dan hanya menunggu ilham yang terlintas ketika beraksi di hadapan penonton.

Jelas Mawi, bacaan selawat itu bukanlah sesuatu yang dirancang, sebaliknya hanya spontan dilakukan semasa kejadian.

Mawi berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Dia macam mana hendak cakap? Bahagian itu memang dibiarkan kosong. Dari awal lagi saya rancang, cuma saya tunggu apa yang terilham waktu di atas pentas.

“Jadi atas pentas terkeluar itu. Itu yang terpacul. Dia spontan keluar selawat itu. Jadi itulah keluar,” katanya kepada mStar ketika ditemui selepas Program GVF di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad. 

Mengimbas kembali pengalaman lalu, Mawi memberitahu kejadian sama pernah berlaku sewaktu dia mendendangkan lagu Aduh Saliha sebelum ini.

“Sebab masa Aduh Saliha, saya pun tidak rancang juga belakang itu hendak sebut apa, tetapi tersebut 'hayya 'alal falah'. Ha, itu. Dia keluar itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan selawat punca Mawi hilang banyak markah, Ramli MS tegur semua peserta telus ketika latihan

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi buka cerita lama, dedah Syamsul Yusof bantu rawat sakit misteri... Beri bayangan bakal tampil sepentas

“Saya tengok waktu atas pentas itu apa yang keluar. Maksudnya saya tidak rancang benda itu. Saya tidak mahu cakap macam skrip,” ujarnya.

Sementara itu, Mawi menerima dengan hati terbuka keputusan juri memotong markahnya dan mengakui dirinya lebih gemar berkarya secara bebas tanpa terlalu dikongkong.

“Itu juri punya hak. Macam yang saya cakap, waktu buat persembahan, saya lebih suka bebas atas pentas.

“Masa waktu uji bakat pun, juri minta saya menyanyi lagu yang saya tidak menyanyi dekat pentas sebelah. Apa yang terlintas, saya terus baca selawat. Sama juga, benda itu pun berlaku pada malam ini,” katanya. 

Tok Ram menolak banyak markah disebabkan tambahan yang dibuat Mawi. 

Sebelum ini ketua juri GVF, Datuk Ramli MS menegur tindakan Mawi yang menyelitkan alunan selawat di pertengahan persembahan lagu Intifada pada konsert minggu ketiga berkenaan.

Tok Ram berkata tindakan tersebut dilakukan tanpa pengetahuannya kerana Mawi tidak memaklumkan perkara berkenaan ketika sesi raptai berlangsung.

Jelasnya, situasi itu menyebabkan barisan juri terpaksa memotong banyak markah kerana susunan muzik yang digunakan tidak bersesuaian dengan elemen kerohanian yang cuba diketengahkan menerusi alunan selawat tersebut.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain