suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

M Jamil sah cerai talak satu, akui kecewa... “Saya hilang keluarga, isteri di usia senja”

M Jamil duduk di kerusi roda ditemani peguamnya, Amalina Mustaffa (kiri), Luqmanulhakim dan anaknya Sadiq (kanan).

SELEPAS lapan bulan turun naik mahkamah, pelakon dan pengarah M Jamil sah bercerai talak satu dengan isterinya Shahrila Markom di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak, Selayang, Selangor pada Rabu.

Mengakui kecewa rumah tangga yang dibina bersama Shahrila berakhir dengan perceraian, M Jamil memberitahu dia berasa sedih kerana kehilangan isteri dan keluarga pada usia senja.

"Saya merasa kecewa kerana terpaksa menjatuhkan talak satu pada Shahrila Markom. 

M Jamil kecewa kembali bergelar duda.

"Saya kehilangan keluarga, anak-anak dan isteri di usia senja 62 tahun," katanya ringkas ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili M Jamil iaitu Muhammad Luqmanulhakim Ahmad, berkata anak guamnya bersetuju melafazkan cerai selepas mencapai persetujuan bersama berhubung beberapa syarat yang ditetapkan.

"Anak guam saya bersetuju melafazkan cerai kepada isterinya dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas diserang strok, M Jamil dakwa isteri berubah… Terkilan sanggup tuntut cerai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak dedah M Jamil kahwin empat kali... Sadiq akrab dengan ibu tiri dan keluarga baharu

"Mahkamah juga sudah merekodkan persetujuan mereka dan anak guam telah melafazkan di hadapan hakim syarie pada pagi Rabu.

"Hal berkaitan anak-anak juga akan dibincangkan nanti oleh kedua pihak keluarga secara baik, apa yang boleh saya katakan mereka bercerai secara baik," katanya.

Terdahulu, menerusi prosiding pada 28 September lalu di hadapan Hakim Syarie, Maizatul Aliza Chee Din, mahkamah membenarkan M Jamil melantik hakam keluarga iaitu anaknya, Sadiq Jamil, 28, sebagai wakil dalam proses berkenaan.

 M Jamil selesaikan penceraian secara baik.

Sadiq difahamkan telah mengikuti satu sesi persidangan membabitkan majlis tahkim bagi membolehkan kedua-dua belah keluarga berbincang secara baik.

Sesi berkenaan bertujuan mencari jalan perdamaian serta mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga yang berlaku.

Krisis rumah tangga M Jamil dan isterinya, Shahrila, sebelum ini menjadi perhatian selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai pada Februari lalu.

M Jamil merupakan anak seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Shahrila dilaporkan meninggalkan rumah bersama dua anak mereka, Sarimah Salma, 11, dan Laila Jamila, 9, pada November tahun lalu, sekali gus menyebabkan M Jamil tidak dapat bertemu dengan cahaya matanya itu.

Untuk rekod, M Jamil mempunyai 11 orang anak dan kini menetap bersama dua anak hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Siti Rohani.

M Jamil yang juga anak kepada seniwati Datuk Sarimah Ahmad, 84, dilaporkan mengalami strok sejak lapan tahun lalu.

Selain itu, dia turut berdepan komplikasi akibat penyakit kencing manis sehingga terpaksa menjalani pemotongan jari kelingking kaki kirinya.

Artikel Lain