HATI seorang isteri terguris apabila mendapat tahu suaminya seolah-olah tidak ikhlas memberi wang bulanan sebanyak RM1,500 kepadanya setiap bulan.Suri rumah itu berkata, dia terbaca perbualan WhatsApp suaminya dengan bapa mentua yang meminta maaf kerana tidak dapat memberikan lebih banyak wang kepada mereka setiap bulan. Dalam mesej tersebut, lelaki tersebut memberitahu dia tidak mampu memberi lebih kepada ibu bapanya kerana melebihkan isteri."Suami minta maaf dekat bapa mentua sebab lagi banyak melebihkan saya sebagai isterinya berbanding mak ayah dia terutama bab duit.Kebanyakan isteri gemar membaca mesej perbualan suami di mesej sehingga terasa hati. -Gambar hiasan AI"Mak ayah suami saya bekerja dan saya sebagai suri rumah sahaja, tidak bekerja," luahnya yang masih terkilan dengan mesej perbualan suaminya itu.Ceritanya lagi, dia tidak pernah menghalang suami memberikan wang kepada kedua-dua orang tuanya.Namun selepas membaca perbualan tersebut, dia mula tertanya-tanya sama ada pemberian wang RM1,500 diterimanya selama ini ikhlas atau sebaliknya."Saya tak pernah halang suami bagi mak ayah dia duit sebab suami pun bagi saya duit setiap bulan.Suri rumah terkilan membaca mesej suami meminta maaf kepada bapanya kerana lebihkan pemberian kepada isteri.Dia mula mempersoalkan keikhlasan wang bulanan RM1,500 yang diterima.Jumlah itu dipersetujui kerana suami tidak membenarkannya bekerja.Bapa mentua yang merupakan ustaz menasihatkan suami supaya mengutamakan isteri.Netizen berbeza pandangan, ada memahami perasaannya dan ada menganggap suami sekadar berbahasa dengan ibu bapa.Ringkasan ini dijana oleh AI"Cuma kadang-kadang saya rasa macam suami tak ikhlas pun ada, fikir saya dapat lebih berbanding mak ayah dia."Padahal adik-beradik dia ramai juga bekerja, boleh tolong mak ayah dia juga. Saya cuma tak boleh terima perkara itu keluar daripada mulut suami sendiri," kongsinya.Menjelaskan mengenai duit bulanan diterimanya, jumlah tersebut sudah dipersetujui suami kerana tidak membenarkan dia bekerja."Suami setuju bagi RM1,500 setiap bulan sebab dia tak bagi saya bekerja. Saya sudah cakap awal-awal saya jenis berdikari dan sebelum ini pun saya memang bekerja.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri penat jadi ‘provider’ keluarga, suami semakin selesa urus kerja rumah lepas bisnes lingkup - “Akukah tak bersyukur?”ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah ingin putar masa, kembali bekerja walau dapat suami ‘provider’"Suami setuju, saya pun setuju. Tapi tak tahu pula dalam hati suami terdetik macam itu," tambahnya sayu.Dia bagaimanapun mengakui rasa gembira dan kurang marah selepas membaca jawapan bapa mentuanya terhadap luahan suami.Menurutnya, bapa mentua yang merupakan seorang ustaz menyokong pemberian tersebut dan menasihatkan suami agar mengutamakan isteri."Bapa mentua sokong saya. Dia cakap kena lebihkan isteri. Buat isteri gembira, utamakan isteri," ujarnya.Mengemas rumah dan menguruskan rumah tangga adalah rutin seorang isteri. -Gambar hiasan AIHantarannya itu membuatkan warga maya turut bersetuju dengan rasa terkilan yang dirasainya berikutan dia menguruskan rumah tangga sepenuhnya."Dia suami, memang patut dia lebihkan tanggungjawab utama."Pandangan saya, ayat suami tu sekadar berbahasa, bersyukurlah suami puan sangat beradab dengan ibu bapa."Bagi saya perbualan antara suami dan ibu ayah dia itu tak menyakitkan hati dan tak perlu terasa sebab dia masih lebihkan awak," demikian reaksi netizen.