suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Benda macam tu jelas haram!” - Wanita pertahan ‘tabiat gelap’ dengan pasangan, anggap tak rosak minda

Pornografi boleh mendorong individu melakukan jenayah seksual. -Gambar hiasan AI

PERBUATAN jenayah seksual seperti rogol sering dikaitkan dengan pelbagai faktor luaran yang didakwa mendorong seseorang bertindak melampaui batas.

Tampil berkongsi pandangan, seorang wanita berkata tabiat menonton pornografi tidak semestinya membuatkan seseorang mempunyai kecenderungan untuk melakukan keganasan seksual terhadap orang lain.

Menurut wanita itu, dia dan pasangannya kerap menonton kandungan pornografi, namun perkara itu tidak membuatkan mereka mempunyai keinginan untuk menyasarkan golongan tertentu.

Menonton pornografi bersama pasangan tetap haram di sisi agama. -Gambar hiasan AI

Menonton pornografi bersama pasangan tetap haram di sisi agama. -Gambar hiasan AI

“Sejujurnya, saya tidak faham mengapa orang menyalahkan pornografi apabila berlaku kes rogol dan sebagainya.

“Bukan hendak berbangga, tetapi saya dan pasangan kerap menonton pornografi.

"Namun, kami tidak pula berminat terhadap golongan bawah umur atau berasa mahu merendahkan martabat wanita, apatah lagi mencederakan mereka,” katanya.

Malah, wanita itu mendakwa mereka berasa sangat tidak selesa apabila secara tidak sengaja menjumpai kandungan penderaan seksual kanak-kanak atau kandungan yang mempunyai unsur fantasi seksual berkaitan rogol.

Katanya, mereka akan melaporkan video atau kandungan berkaitan.

“Begitu juga dengan minum arak. Saya tidak faham bagaimana ada orang boleh menjadi jahat ketika mabuk, sedangkan alkohol membuatkan saya lebih ceria dan mesra,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Alasan belajar teknik tidak halalkan cara, tonton video lucah bersama pasangan tetap haram!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia pegang tangan, paksa jangan menolak!” - Wanita bongkar cubaan rogol, tunang nak ’test’ sebelum nikah

Bagaimanapun, dia menegaskan perkongsiannya bukan bertujuan menormalisasikan tabiat menonton pornografi.

“Bukanlah saya hendak menormalisasikan tabiat menonton pornografi, tetapi saya rasa pornografi semata-mata bukan menjadi sebab seseorang tidak mampu mengawal diri.

“Saya juga tidak faham mengapa ada orang mempunyai kecenderungan sedemikian kerana saya sendiri menonton pornografi, tetapi tidak pula berasa mahu bercakap lucah di tempat yang tidak sesuai atau melakukan seksualisasi terhadap makanan dan orang yang tidak dikenali,” katanya.

  • Wanita mempersoalkan pornografi sering dikaitkan dengan kes rogol.
  • Dia mendakwa tabiat itu tidak mendorongnya dan pasangan melakukan keganasan seksual.
  • Wanita itu menegaskan perkongsiannya bukan untuk menormalisasikan pornografi.
  • Dia berpandangan faktor penyumbang tidak seharusnya mengurangkan tanggungjawab individu.
  • Pandangannya mengundang kritikan netizen yang mengaitkan pornografi dengan kesan buruk terhadap otak.

Wanita itu mengakui istilah porn brain mempunyai asas dalam konteks tertentu, namun berpandangan faktor yang mungkin mempengaruhi tingkah laku tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengurangkan tanggungjawab seseorang.

“Tujuan saya adalah untuk membuatkan orang sedar bahawa mereka menggunakan faktor penyumbang untuk mengurangkan tanggungjawab individu terhadap tindakan mereka,” katanya.

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan pandangan wanita tersebut.

"Kau dah kaki pronografi tu diam saja. Tengok pornografi boleh merosakkan otak, sebab tu kau punya komen pun macam orang tiada otak.

"Benda macam tu dah jelas haram dari segi agama dan ada kajian yang membuktikan pornografi boleh merosakkan otak," komen warga maya.

Sebagai peringatan, umat Islam dilarang melihat aurat orang lain apatah lagi yang lucah atau bahan pornografi seperti yang dijelaskan menerusi lawan web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel Lain